Monday, 13 June 2011

Langkah satu... (aku, KITA)

lokasi: pejabat
masa: awal pagi
latar: sunyi. ada bunyi cengkerik, katak, dan bunyi kereta sesekali lalu lalang.

salam perkenalan..
menulisnya aku pada kali ini setelah lama aku ingin berkongsi luahan rasa diri secara peribadi aku terhadap alam aku.
Namun, pertama-tama sekali aku ketepikan dahulu persoalan akar di atas: meLAYU hilang di dunia.

baik aku timbulkan persoalan diri sendiri.
kerana mempersoalkan diri merupakan satu persoalan yang lebih besar dari mempersoalkan orang lain. ini adalah kerana orang lain juga merupakan sebahagian dari kita. maka AKU = KITA. terjawabnya persoalan aku, maka akan terjawab pulalah persoalan tentang kita.

aku bangun, aku mandi, aku makan minum, aku menonton, aku membaca, aku bernafas aku berkongsi semua hal yang sama dengan 'kita'.

maka siapa aku?
aku muslim. berdarah campuran Jawa+Acheh (dari abah), berdarah anak mami serta siam (dari mama).bermata sepet (siam agaknya), berhidung mancung (anak mami agaknya), berkulit sawo matang sedikit cerah, bertubuh metro, berambut sederhana (pengisian darah Acheh agaknya).


aku punya 2 adik: lelaki dan perempuan dari cawangan ke dua. kedua-dua mereka kini sedang mengambil tugas yang aku terpaksa tinggalkan = menjaga mama. manakala aku punya 2 orang kakak serta 2 lagi adik dari cawangan pertama arwah abah.

aku dilahirkan di Pulau Pinang, bersekolah di Kedah, sambung pelajaran di beberapa tempat, menimba pengalaman (kerja atau ikhtiar hidup) di Kuala Lumpur serta beberapa negara lain dan akhirnya aku di sini: Langkawi (pulau yg menjadi pengeluar lagenda-lagenda serta cerita ceriti).

No comments:

Post a Comment