Tuesday, 14 June 2011

siapa melayu?

aku dilahirkan bermata sepet, namun tidak semestinya aku bukan melayu. (seperti telah aku nyatakan di dalam 'langkah satu')

darah aku adalah campuran Acheh, Jawa, anak Mami (gabungan india muslim dengan Melayu) serta Siam.
apa yang aku nampak di sini, darah aku dipenuhi ruang melayu.
mungkin ada yg mempersoalkan tentang bagaimana mungkin Acheh, Jawa serta Siam boleh terlibat dan dalam menegaskan bahawa aku adalah melayu?
apakah aku golongan pendatang di tanah yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu ini?

persoalan 4 darah tadi secara fakta dan nyatanya memperlihatkan jati diri aku sebagai melayu. Darah-darah ini semua jika diukur dari segi geografinya merupakan kelompok dari Gugusan Kepulauan Melayu. Mengamalkan gaya hidup yang sama, menggunakan bahasa yang sama (dialek membezakan sedikit) serta agama yang sama.
Jadi apakah akan ada yang mempersoalkan tentang melayunya aku?

Penafsiran melayu:

membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:-

No comments:

Post a Comment